Mahu Tambah Bisnes? Ini 3 Nasihat Dari Abdul Basit

Selepas perniagaan bertambah maju, dana mencukupi pastinya kita mahu tambah bisnes sedia ada untuk mengukuhkan lagi kewangan kita.

Terfikir mahu tambah bisnes?? Ikuti 3 Nasihat ini dari Abdul Basit Byond Success.

1. Wajib ada guru dalam bisnes yang sudah kita pilih.

  • cari guru dalam bidang teknikal dan pengurusan dalam bisnes tersebut, terutamanya yang sudah masak dengan sepak terajang bisnes tersebut.
  • dapatkan maklumat sebanyak mungkin risiko bisnes tersebut yang dapat di kawal.
  • jika tidak jumpa guru ini, jangan teruskan bisnes tersebut. Anda sedang BERJUDI dalam bisnes,sebab main redah tanpa guru dan ilmu.

2. Tidak penting siapa yang mulakan,tapi siapa yang bersama kita.

  • bila terpikir sahaja idea bisnes baru,terus letakkan di minta kita.
    “macam mana aku nak buat”<– biasa orang buat.
    “Siapa nak buat kerja ini ??”<– ini yang lebih betul
  • pilih orang yang betul untuk bersama dengan kita,membangunkan bisnes dan syarikat.
  • pilih orang yang melengkapi kita, bukan sama kekuatan dengan kita. Tak jumpa?? Pergi keluar dan Cari lagi,bukan duduk dan mengharap sahaja.

3. Ada model bisnes yang sudah berjaya,dan kita tiru dan perbaiki model tersebut.

  • cari model bisnes yang kita mahu pilih,tiru. Paling bagus cari beberapa model,ada lebih pilihan
  • lakukan validasi atau servey dahulu untuk model bisnes tersebut.
  • jual apa yang pelanggan mahu beli ,bukan jual apa yang kita rasa “boleh” jual. Main agak-agak sahaja. Ini lah berjudi dalam bisnes namanya.

Semua langkah ini adalah untuk mengurangkan risiko seminima mungkin,kita bukan “risk taker”,kita “risk manager”.

Semua ini perlukan bantuan TUHAN,minta pada dia moga usaha kita dipermudahkan.

Bantu kami Tekan button share,supaya lebih ramai dapat manfaat.

Abdul Basit
Guru Pengurusan Bisnes

 

Artikel ini disumbangkan oleh

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *