Jangan Takut Untuk Bisnes Secara Berjemaah

Dulu saya fikir buat pening bisnes ada partner ni. Sebab nanti keputusan tak boleh buat sendiri. So jalanlah bisnes sorang-sorang sampailah 1 point, saya penat nak buat semua.

Bayangkanlah, nak ambil staff pun takut-takut. Takut macam-macam. Dan benda inilah saya struggle dan bergaduh dgn isteri.

Alhamdulillah tak lama lepas itu (selepas kes salah faham besar), satu satu Allah tunjukkan jalan. ALLAH tunjukkan jalan selepas saya berusaha utk berubah mindset jalan sorang.

Perkara pertama, saya ambil staff untuk bersama dalam syarikat.

Mula-mula agak payah sebab korang akan rasa nak buat kerja staff kau juga. Sebab korang rasa dia buat tak betul dan tak perfect macam korang buat.

Tapi perlahan-lahan korang lepaskan kerja pada staff dan mula beri kepercayaan kepadanya. Itu adalah proses jangan risau. Tapi dalam masa yang sama korang kena monitor dan bantu mana yang patut. Jangan lepaskan sepenuhnya.

Kemudian PARTNER. Bukan senang nak ada dua atau 3 kepala dalam syarikat. Untuk syarikay PLt terbaru, saya ada berpartner dengan dua orang. Dua2 hebat dan ada idea tersendiri.

Dalam berpartner kena ada tolak ansur dan agree to disagree. Tapi fokus pada main issue iaitu buat sales, buat untung, kembangkan bisnes.

Jadi bila ada goal yang sama, perbezaan pandangan itu takde masalah. Duduk semeja dan come out dengan solusi. Korang berniaga bukan nak bergaduh tapi nak buat duit.. Kena ingat benda ini.

Macam terbaru ini juga sy open group Borong China. Sy bersama team saya nak bantu usahawan lain utk berkembang bersama. Berjemaah berjalan. Utk projek ini kami akan bantu brrsama. Dan goal dia adalah boleh ke china borong di sana. Kami akan bawa nanti.

Ada 2 perkara sy nak stresskan dengan sini.

  1. Jangan kedekut untuk ambil staff
  2. Berpartner bisnes berjemaah

InsyaAllah akan terus terbang tinggi. Ameen.

Macam biasalah, kalau korang rasa entri ini bagus minta tolong SHARE supaya ramai dapat baca dan lajukan bisnes.

Artikel ini disumbangkan oleh
Yusammir Yusof dari Khaira Wholesale

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *