PANDANGAN SEMASA USTAZ ZAHARUDDIN TERHADAP BITCOIN

(tulisan ni agak panjang, boleh klik SHARE dan baca kemudian bila lapang)

1. Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan ‘legal tender’.

Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali,

Khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya,

Sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti.

.

2. Bitcoin juga disebut sebagai virtual currency menurut IMF.

Boleh mainkan fungsi hampir serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.

.

3. Mata wang fiat dan mata wang digital masing-masing tiada nilai instrinsik.

Namun masih layak dianggap wang dalam dunia moden,

Apabila ia mencukupi beberapa ciri wang yang disebut oleh ramai ulama silam dan moden.

.

4. Bezanya, mata wang fiat dicipta oleh kerajaan dan nilainya berdasarkan banyak faktor ekonomi sesebuah negara dan juga demand supply.

.

5. Manakala mata wang digital (bitcoin etc) dicipta oleh pihak ‘anonymous’ & nilainya juga melalui demand and supply.

Cuma penciptaan terhad kepada 21 juta unit sahaja,

Dan ini menjadikan nilainya hanya bergantung kepada demand supply dan keyakinan ramai terhadap sistemnya.

.

6. Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi.

Namun WAJIB TAHU risiko nilai sedia ada mungkin ‘burst’ seperti buih yang menngkat sangat tinggi dalam tempoh sangat cepat,

Akhirnya meletup dan kerugian teruk adalah risiko juga.

.

7. Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.

.

8. Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu.

Tidak punyai info yang cukup berkenaan tempat membelinya serta kredibilitinya adalah suatu gharar yang MESTI dielakkan.

.

9. Bitcoin melalui proses ‘penempaan’ (mining) yang ketat,

Dengan teknologi ‘block chain’ yang mengikat setiap transaksi,

Juga berdasarkan formula mathematik yang sukar dirosakkan atau ditipu.

Ditambah lagi ‘distributed public ledger’ yang telus di antara pihak miner.

Setakat pengkajian saya, tiada unsur gharar yang besar di sini.

Juga terdapat teknik yang berfungsi seperti digital signature bagi setiap transaksi yang begitu rumit ditiru.

.

10. Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange.

Dan jika ditipu oleh pihak yang mendakwa menjual bitcoin atau menyediakan e-wallet bitcoin,

Tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.

.

11. Hukum hakam ketika penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain.

Hukum riba’ terpakai dalam urusan bitcoin JIKA TIDAK menepati contohnya syarat TUKARAN secara spot, pinjaman dengan faedah etc.

.

12. DITEGAH & TIDAK HARUS memperdagangkan bitcoin untuk mendapat keuntungan dari perbezaan nilai secara spekulasi seperti forex trading.

Keadah mendapat wang dengan cara terbabit TIDAK KAITAN dengan pertumbuhan real economy,

Serta ia bakal menjadikan wang sebagai komoditi,

Dan bercanggah dengan tegahan riba yang tidak membenarkan wang disewakan kerana manfaatnya dengan pulangan wang.

.

13. Bitcoin berisiko menjadi ‘tool’ scammer seperti emas, duit kertas,

Dan lain-lain yang digunakan untuk menipu orang awam melalui skim-skim janji untung cepat kaya.

WAJIBLAH jauhi SKIM sebegini.

.

14. Bitcoin juga besar kemungkinan dijadikan sumber pembayaran penjenayah yang ingin melepasi tapisan kerajaan ketika memindahkan pembayaran.

Justeru, itu mungkin menjadikan pihak berkuasa bimbang dengan wang digital ini dan perlu mengawalnya di dalam negara ini.

Ini juga menjadikan risiko berurusan dengan bitcoin bertambah.

.

15. Bitcoin digelar sebagai speculative asset yang belum stabil nilai sebenarnya dan memerlukan masa untuk lebih stabil, atas sebab itu, ia sangat berisiko tinggi.

______

[+] .NOTA TAMBAHAN.

PERLU JELAS BACA catatan saya,

Kebiasaannya penyokong tegar bitcoin memerlukan pendapat HARUS BITCOIN agar mereka boleh hebahkan,

Dan terus berdagang dan terus menerus berdagang serta berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik),

PERLU JELAS, saya TIDAK BERSETUJU dengan hal terbabit.

.

Justeru jangan ‘spin’ nota dan kenyataan saya kepada hal yang tidak saya persetujui.

Dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan kalian kononnya saya meluluskannya.

Saya hanya hadkan keharuskan kepada a) simpan nilai b) jadikannya sebagai medium of exchange bagi transkasi pembelian barangan sebenar.

.

Itu pun dengan syarat telah pastikan ‘gharar’ dikecilkan pada maklumat tempat beli dan tempat jual serta walet adalah dari syarikat yang valid dan berdaftar.

.

Juga telah pastikan risiko nilai bitcoin jatuh dan lain-lain risiko lain sanggup ditanggung.

.

(Tulisan asal : Dr Zaharuddin Abd Rahman.)

(Disusun semula guna undang-undang penulisan Muhammad Afiq Ikhwan.)

.

PS : Klik SHARE supaya lebih ramai dapat baca.

Pengalaman vs Ilmu Dari Sudut Pakar Hartanah

Sebahagian mengatakan pengalaman lebih penting. Sebahagian yang kata ilmu lebih penting. Saya nak kongsikan apa yang saya belajar semalam

Pengalaman VS Ilmu Hartanah

Ford Motors adalah syarikat pertama didunia yang mengeluarkan kereta komersial yang boleh dibeli oleh semua. dan berusia lebih seratus tahun. Dari segi pengalaman, tiada syarikat lain yang boleh menandingi mereka. Tapi, mereka bukan sempurna. Seorang ahli matematik yang bernama Edward Demming, berkongsi dengan mereka cara untuk memperbaiki kualiti kereta mereka tapi disebabkan pengalaman, mereka juga jadi ego dan tidak mahu menerima nasihat dari Edward Demming ini.

Ironiknya, pengeluar kereta pertama yang menerima teori Demming ini adalah Toyota dari Jepun. Hari ini Toyota dan Honda mengeluarkan kereta paling reliable di dunia yang jarang rosak, malah Honda dan Toyota menjual lebih banyak kereta di USA walaupun mereka adalah buatan Jepun. Mereka sentiasa untung, dan Toyota merupakan pengeluar kereta terbesar hari ini.

Moral yang saya boleh kongsikan dari kisah ini :

– Orang yang paling banyak pengalaman, belum tentu akan paling berjaya. Ford bermula lagi awal dari Toyota tapi hari ini Toyota jual jauh lebih banyak kereta dari Ford dan kereta mereka lebih bagus dari Ford.

– Kalau Toyota bermula dengan hanya belajar dari Ford (cari ilmu) , mereka akan buat kereta yang selalu rosak macam Ford juga. Kalau kita belajar dari student yang dapat B selalu, macammana kita nak dapat gred A kan?

– Walaupun kita start lambat, belum tentu kita akan habis last kalau kita pakai teori dan ilmu yang betul.

– Ilmu yang kita nak belajar, kena bermula dengan teori yang betul. Dapat teori yang betul, dan belajar dari cikgu yang betul, baru la ada peluang untuk dapat gred A kan? Dalam kes ini, Toyota bukan belajar dari Ford, tapi guna teori yang betul dan belajr ilmu yang betul untuk dapatkan kereta paling kurang rosak di dunia.

– Kos yang paling mahal adalah bila kita belajar dari pengalaman. Cari ilmu dan teori yang betul adalah jauh lebih murah berbanding bayar dengan pengalaman yang salah, kan?

Sebab itu kalau dalam hartanah, jangan mudah sgt percaya, terpengaruh dan ikut sahaja orang yang ada hartanah banyak banyak. Ada yang mungkin ada lebih 10 hartanah tapi kalau 10 hartanah tersebut semuanya gred D dan gred E, dan bocor beribu sebulan, tak guna menang sorak tapi gelanggang tergadai.

Bagi saya, lebih baik ada hartanah 2-3 biji tapi gred A berbanding dari ada 10 hartanah gred D. Setuju tak?

ARTIKEL DI ATAS DISUMBANGKAN OLEH FAIZUL RIDZUAN. BOLEH IKUTI BELIAU DI SINI.