Bagaimana Upsell Dapat Menambah Jualan Usahawan

Saya sentuh bab menjual lagi. Sub topik ialah upsell. Tim sales kami pun ada masalah sama. Baru petang dapat ilham. Solusinya begini:

1. Bila kita susah upsell, kita salahkan pelanggan atau kita cipta alasan, di mana ia tidak salahkan diri kita, ia salah orang lain atau faktor lain. Akibatnya, kita tak ada peluang baiki diri.

2. Kita tahu, orang membeli kerana mahu selesaikan masalah. Ini jawapannya, bila berlaku upsell, ia selesaikan masalah pelanggan.

3. Bila tak berlaku upsell, masalah pelanggan tak selesai, susah selesai, lambat selesai.

4. Herba Tok Aki ada 4 jenis produk untuk resdung dan setiap satu ada fungsi berbeza untuk masalah berbeza. Herba untuk buang lendir, jus dan kapsul untuk imun badan dan sabun untuk muka berjerawat dan sensitif.

5. Ini untuk produk kesihatan atau yang berkaitan. Kalau ada yang tanya, bila beli banyak dapat diskaun, tanya semula: adakah ia selesaikan masalah pelanggan kita?

6. Bila pelanggan beli serbuk sahaja dan tak mahu beli kapsul sekali, nak jawab apa? Biasanya kita jawab: boleh tuan, cuba satu dulu.

7. Apa jawapan lebih baik? Jawab: begini tuan, herba ini untuk buang lendir dalam hidung tetapi tuan ada satu lagi masalah, alergik dengan seafood, jadi kalau tak ambil kapsul, bila makan seafood, gatal akan datang semula walaupun dah buang lendir.

8. Kenapa nak jawab macam itu? Sebab itu hakikat masalah orang resdung. Kalau tak faham, kena upgrade dulu jadi consultant.

Boleh faham atau boleh buat?

ARTIKEL DI ATAS DISUMBANGKAN OLEH ALIFF HAIQAL . USAHAWAN. BOLEH IKUTI BELIAU DI SINI.